MIMOS Akan Lancar Pusat Pengujian Wafer

150 150 MIMOS Berhad

MIMOS Bhd (MIMOS) akan membuka kemudahan pengujian wafer untuk kegunaan industri pertama di Malaysia bagi membolehkan syarikat elektrik dan elektronik (E&E) tempatan menjalankan pengujian produk mereka dalam negara.

Langkah bakal menjimatkan kos operasi syarikat E&E sehingga 35 peratus setahun itu direalisasikan apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM19 juta kepada MIMOS untuk menaik taraf kemudahan pengujian wafer miliknya.

Menteri Salns Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata langkah menaik taraf itu akan dimulakan secepat mungkin bagi membolehkan syarikat E&E tempatan berkongsi perkhidmatan kepakaran teknologi dan kemudahan disediakan MIMOS itu.

Source: Berita Harian

Read more…