MyDigital ID is a national identity management and transaction signing platform designed to address the vulnerabilities of its contemporary implementation such as insecure communication channels and storage of user credentials.

Enable fast and secure execution of identity authentication for users’ interaction with entities both in person and online. Most importantly, MyDigital ID allows users to be ubiquitously available.

MyDigital ID is key to inclusive socioeconomic growth, facilitating access to Government services, financial services, social security benefits, education, healthcare and many other critical services. It enables individuals to unlock value and benefits as they interact with Government agencies, businesses, institutions and other individuals.

The implementation of MyDigital ID can bring forth immense economic value through efficiency gains such as cost and time savings. Beyond economic benefits, MyDigital ID enables social and political inclusion, rights protection and transparency.

Technology Benefits

  • Security
    Protects against phishing attack, with irrefutable authentication outcomes
  • Privacy
    Digital certificates ensures minimal privacy footprint as it that does not require realtime accessibility to centralised identity management system
  • Acceptability
    Leverages on the assurance and ubiquity of MyKad to undertake authentication and digital signing of transactions at national level
  • Legality
    Complies with Signature Act 1997 and Electronic Commerce Act 2006.

MyDigital ID Features

  • One single identification
    Enables accessibility to all Government and private digital services
  • Trusted digital ecosystem
    Common user pool of data and services enables application across different systems, organisations and countries
  • High security
    Trusted identity authentication based on user password and unique device physicality receipt by Certificate Authorities
  • Secure identity management
    User-specific through Certificate Signing Request and receipt by Certificate Authorities
  • Android and iOS compatible
    Leverages on security characteristics of both mobile operating systems.

MyDigital ID will provide users – in particular Malaysian citizens – with a high-assurance MyKad instrument, with an equivalently high-assurance authenticator applicable towards the widest possible use-case spectrum including routine web and mobile application transactions, as well as Internet of Things (IoT) and blockchain applicability.

It is also used for online authentication for secure authentication with online service provider or signing of online transactions.

Frequent Asked Questions

0.1. Apa itu MyDigital ID?

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat. Pengenalan diri ini adalah untuk kegunaan dalam talian.

0.2 Adakah MyDigital ID menggantikan MyKad atau sebagai alternatif pengenalan diri?

MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian

0.3 Apakah kelebihan MyDigital ID berbanding MyKad?

MyDigital ID digunakan sebagai pengenalan diri dalam talian dengan kaedah pengesahan yang selamat. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad dalam urusan di kaunter fizikal.

Antara kelebihan MyDigital ID:

  • Pengesahan diri yang sah dan selamat.
  • Kemudahan log masuk tunggal (Single Sign-on) untuk pelbagai aplikasi.
  • Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi dalam talian.
  • Memudahkan akses ke perkhidmatan kerajaan dalam talian.
  • Mengurangkan risiko penipuan identiti dalam talian.

Menghapuskan pelbagai jenis kaedah pengenalan diri dalam talian

0.4 Beberapa kenyataan berkaitan dengan persepsi identiti digital.

MyDigital ID dibangunkan sebagai pemudah cara untuk pengesahan identiti pengguna dalam talian dengan selamat dan sah.

0.5 Apakah tujuan pembangunan MyDigital ID?

MyDigital ID dibangunkan sebagai pemudah cara untuk pengesahan identiti pengguna dalam talian dengan selamat dan sah.

0.6 Adakah MyDigital ID menggunakan data biometrik dalam pengesahan identiti?

Data biometrik pengguna hanya digunakan semasa pendaftaran. Proses pendaftaran MyDigital ID memerlukan dokumen pengenalan diri pengguna, contohnya MyKad. Untuk mengesahkan bahawa yang sedang mendaftar adalah pemegang dokumen tersebut, biometrik pengguna yang sedang mendaftar itu dibandingkan dengan data biometrik dalam dokumen yang dibawa.

Penggunaan MyDigital ID tidak melibatkan data biometrik.

0.7 Bolehkah pengguna mendaftar lebih dari satu (1) identiti digital?

Pengguna hanya boleh mendaftar dan memiliki satu (1) MyDigital ID.

0.8 Adakah boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan tahap sosioekonomi?

Buat masa ini, MyDigital ID digunakan oleh pengguna dewasa yang ingin melakukan transaksi dalam talian dengan penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian. Pengguna dewasa dari semua peringkat dan tahap sosioekonomi layak mendapatkan MyDigital ID.

0.9 Adakah pengguna perlu membayar yuran pendaftaran?

MyDigital ID diberikan secara percuma kepada pengguna yang layak.

10. Adakah terdapat tarikh luput atau tamat tempoh MyDigital ID kepada pengguna?

MyDigital ID diberikan secara percuma kepada pengguna yang layak.

11. Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-on) dalam konteks MyDigital ID?

MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal bererti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan kata nama dan kata laluan selain MyDigital ID

12. Adakah penggunaan MyDigital ID hanya boleh melalui telefon pintar sahaja?

MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID. Aplikasi MyDigital ID melindungi identiti digital pengguna dan menjamin keselamatan pengesahan identiti dalam talian. Aplikasi MyDigital ID boleh didapati melalui aplikasi Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

13. Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan atas talian tanpa menggunakan MyDigital ID?

Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian. Walaubagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah penting dalam menjamin keselamatan transaksi dalam talian.

14. Bagaimanakah cara untuk mendaftar?

Buat masa ini, pendaftaran hanya boleh dibuat secara bersemuka di kiosk atau peranti yang disediakan.

Untuk tujuan pendaftaran secara bersemuka:

  1. Pendaftar memerlukan kesediaan seperti di bawah:
    • MyKad, termasuk imbasan cap jari.
    • Telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet.
    • Aplikasi MyDigital ID yang dimuat turun melalui aplikasi Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
    • Proses pendaftaran di depan kiosk atau peranti.
  2. Pendaftaran melalui kiosk atau peranti hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan merujuk kepada aliran proses yang tertera di kiosk atau peranti tersebut.
  3. Setelah berjaya mendaftar, pengguna boleh menggunakan MyDigital ID sepanjang tempoh hayat Sijil Kuasa digital.(Terdapat perancangan Fasa 2 di mana pendaftaran dan pengesahan akan dibuat secara dalam talian melalui perbandingan data dari beberapa sumber yang dipercayai. Ini akan dimaklumkan kelak).

15. Di manakah lokasi tempat mendaftar?

Buat masa ini, kiosk-kiosk ditempatkan di premis-premis kerajaan terpilih di Lembah Klang. Antaranya ialah:

1) Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
2) Lobi, C5, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Putrajaya
3) Lobi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya
4) Lobi, MAMPU, Cyberjaya
5) Lobi, MIMOS Berhad, Bukit Jalil

16. Kenapa saya perlu mendaftar MyDigital ID?

Pengguna disarankan mendaftar MyDigital ID bagi mendapatkan pengesahan identiti digital yang sah disamping menjamin keselamatan transaksi dalam talian.

17. Perlukah warga asing mendaftar MyDigital ID?

Buat masa ini, warga asing masih belum boleh mendaftar MyDigital ID.

18. Apakah akan terjadi sekiranya telefon bimbit pengguna hilang atau rosak?

Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak, pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kiosk atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.

19. Apakah kemungkinan akaun pengguna boleh digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID sebagai akses log masuk?

Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan.

Walaubagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

20. Adakah pengguna boleh menyahaktifkan MyDigital ID pada bila-bila masa sahaja?

Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di telefon pintar atau di kiosk/ peranti pendaftaran MyDigital ID. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan di kiosk atau peranti.

21. Adakah ini inisiatif kerajaan dan wajib mendaftar?

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

22. Kementerian manakah yang menyelia dan menyelaraskan MyDigital ID?

MyDigital ID adalah di bawah seliaan MIMOS Berhad selaku agensi pelaksana projek ini. MIMOS ialah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

23. Siapakah pemaju sistem ini?

MIMOS Berhad, dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya.Sistem ini juga mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat).