13 Syarikat Jimat

150 150 MIMOS Berhad

Perjanjian persefahaman bagi perkhidmatan perkongsian mengenai kegagalan analisis dan ujian wafer antara MIMOS Berhad (MIMOS) dan 13 syarikat industri elektrik serta elektronik (E&E) membolehkan syarikat terbabit mengurangkan kos pengeluaran sehingga 35 peratus.

Syarikat berkenaan juga tidak perlu bergantung kepada kemudahan makmal yang terdapat di luar negara selain dapat meningkatkan produktiviti syarikat pada masa depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata menerusi perjanjian itu 13 syarikat berkenaan akan menggunakan kemudahan makmal Mimos bagi menjalankan ujian berkenaan.

Source: Harian Metro

Read more…

Read our Special Article #1