7 Cadangan PSC akan Dilaksana

150 150 MIMOS Berhad

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan diberikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Khas(PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus untuk persiapan PRU 13 hari ini.