Durian beku 300 tan

150 150 MIMOS Berhad

Jabatan Pertanian men­jangkakan eksport du­rian sejuk beku ke China mampu mencapai 300 tan metrik menjelang akhir tahun ini berbanding 243.79 metrik tan pada tahun lalu dibantu oleh pembangunan kluster durian dan kerjasa­ma sembilan Pusat Pemprosesan Durian di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mo­hamad Sidek berkata, beliau optimis jumlah eksport produk pertanian terbabit dapat direalisasikan berdasarkan jumlah yang dicatatkan se­hingga Julai lalu iaitu sebanyak 173.79 tan metrik.