Kajian Krisis Hutang Zon Euro Perlu Dibuat

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR Satu kajian mengenai kesan krisis hutang zon euro ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia perlu dilakukan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Meskipun kadar pertumbuhan ekonomi diramalkan pada empat hingga lima peratus pada tahun ini, namun kadar itu masih kukuh memandangkan krisis ekonomi yang berlaku di dunia pada masa ini.

“Kita masih menumpukan sasaran kepada lima peratus pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MIMOS Bhd. (MIMOS) dengan REDtone Telecommunications Sdn. Bhd. (REDtone) di sini semalam.

Read our Special Article #1