Kerjasama MIMOS, NIDA

150 150 MIMOS Berhad

MIMOS Bhd (MIMOS) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Teknologi Komunikasi Maklumat Kemboja (NIDA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menubuhkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan ICT (CIRDI) di Kemboja.

Menerusi MoU itu, MIMOS akan membantu NIDA menubuhkan CIRDI dengan bantuan projek bukti keberkesanan konsep dan memberi latihan dan bimbingan untuk membangunkan agenda penyelidikan serta pembangunan untuk CIRDI.