Kerjasama Silterra, MIMOS

Kerjasama Silterra, MIMOS

MIMOS Berhad

Silterra Malaysia Sdn Bhd, pengeluar wafer semikonduktor, menjangkakan pertumbuhan jualan antara tujuh hingga 12 peratus tahun ini terutama seiepas menjalinkan kerjasama dengan MIMOS Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kamarulzaman Mohamed Zin berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan MIMOS bagi menghasilkan wafer Kuasa Litar Pengurusan Bersepadu (PowerMOS) untuk pasaran global.

“Kami mengadakan perkongsian pintar dengan MIMOS dalam menghasilkan PowerMOS di mana pihak kami mempunyai kaedah untuk menghasilkan produk berkenaan dan MIMOS menyalurkan tenaga kerja melalui kapasiti yang mereka miliki,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir di Kuala Lumpur, semalam.