Khidmat Cloud VADS

150 150 MIMOS Berhad

Source: Harian Metro

VADS Bhd (VADS), anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), memasang aspirasi untuk menjadi peneraju dalam industri perkomputeran cloud, bukan saja di dalam negara yang dijangka mempunyai nilai pasaran kira-kira RM250 juta menjelang 2014, malah kawasan serantau.

Bagi mencapai matlamat itu, syarikat berkenaan mengadakan pakatan strategik dengan MIMOS Bhd (MIMOS) untuk membangunkan landasan pengoperasian untuk perkhidmatan sistem perkomputeran cloud bagi Vads membabitkan nilai RM6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Vads, Ghazali Omar berkata, kerjasama itu akan membuka jalan bagi pihaknya menawarkan perkhidmatan cloud secara menyeluruh yang disasarkan untuk pelanggan terdiri daripada agensi kerajaan syarikat perusahaan kecil dan sederhana PKS serta pelbagai perusahaan lain.

Read more…