loT satu lagi perkara besar dalam teknologi

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR (Utusan Borneo Sarawak): Internet of Things (loT) adalah satu lagi perkara terbaik dalam teknologi kerana ia adalah integrasi yang tidak dapat dielakkan dalam membole­hkan teknologi; kata Institut Mikroelektronik Sistem Ma­laysia (MIMOS).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, teknologi seperti Internet, pengesan wayarles, pengena­lan frekuensi radio, sistem kedudukan global dan lain­-lainnya apabila digabung boleh menukar cara orang ramai hidup, bekerja, belajar dan bermain.