Makmal PQRE MIMOS Terima Sijil Akreditasi untuk Ujian Perisian

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR, Ahad (Utusan Sarawak)— Makmal Kejuruteraan Keutuhan dan Kualiti Produk (PQRE) MIMOS telah diperakui sebagai makmal pertama Malaysia yang menerima sijil akreditasi untuk ujian perisian oleh Standards Malaysia.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia, Fadilah Baharin berkata, akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 adalah satu jaminan kepada laporan ujian daripada makmal berkenaan yang tepat, boleh dipercayai dan diterima oleh negara lain seperti Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat.