Malaysia akan eksport durian segar ke China

150 150 MIMOS Berhad

PUTRAJAYA (Kosmo) – Kerajaan bercadang untuk mengeksport durian segar ke China selepas mendapati penghantaran durian sejuk beku  ke negara berkenaan memerlukan penjagaan rumit yang amat sensitif dengan tindak balas suhu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan ke China awal April ini untuk berunding dengan Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ).