Mi-Trace elak pemalsuan durian

150 150 MIMOS Berhad

PUTRAJAYA 27 Feb. (Utusan Malaysia) – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan sistem jejak dan kesan MiTrace khusus untuk mengenal pasti asal usul produk pertanian sekali gus mengelakkan ‘pemalsuan’ buah-buahan keluaran Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, teknologi yang dibangunkan Jabatan Pertanian dan MIMOS Berhad (MIMOS) tersebut akan digunakan untuk durian sejuk beku bagi mengelakkan negara pengeluar lain memasarkan durian mereka menggunakan nama Malaysia.