MIMOS jadi mentor bantu ICT di Sudan

150 150 MIMOS Berhad

Kuala Lumpur: MIMOS Berhad (MIMOS), pusat kajian dan pembangunan teknologi komunikasi maklumat (ICT) negara dijangka memulakan usaha sama dengan Africa City of Technology (ACT) dari Sudan dalam tempoh suku pertama tahun depan melalui perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak, semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, usaha sama itu bakal menyaksikan MIMOS berfungsi sebagai mentor membantu ACT memulakan industri ICT di Sudan melalui perkongsian Platform Inovasi Terbuka.