MIMOS Meterai MoU dengan NIDA untuk Tubuhkan Institut ICT di Kemboja

150 150 MIMOS Berhad

(Bernama) — Mimos Bhd (Mimos) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Teknologi Komunikasi Maklumat Kemboja (NIDA) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk menubuhkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan ICT (CIRDI) di Kemboja.

Di bawah MoU itu, Mimos akan membantu NIDA menubuhkan CIRDI dengan bantuan projek bukti keberkesanan konsep dan memberi latihan dan bimbingan untuk membangunkan agenda penyelidikan dan pembangunan untuk CIRDI, kata Mimos dalam satu kenyataan Jumaat.