MIMOS-PDRM naik taraf sistem C4I

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR 16 Julai: MIMOS Bhd. (MIMOS) akan memberi ‘nafas baru’ kepada Unit Perintah Kawalan Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4I) yang diguna pakai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam sejak 10 tahun lalu.

Penambahbaikan oleh MIMOS itu dilihat selari dengan peredaran masa dan berupaya memerangi jenayah melalui sistem aplikasi yang lebih mantap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Lembah Klang menjadi projek perintis penambahbaikan itu dan sejumlah RM8 juta telah diperuntukan sejak tahun lalu untuk tujuan pembaharuan sistem C4I.