MIMOS, SABERKAS lahir teknologi tani moden

150 150 MIMOS Berhad

INSTITUT Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak menerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dalam perkongsian strategik melahirkan teknologi maju dalam sektor pertanian moden.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, satu kawasan di Palo, Samarahan sudah dikenal pasti bagi projek mengatasi masalah tanah gambut menerusi bantuan input Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.