MIMOS unjur RM2b peluang pasaran

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR 14 Mei (Utusan Malaysia) -­ MIMOS Berhad (MIMOS) mengunjurkan da­pat mencapai lebih RM2 bilion pelu­ang pasaran dalam industri teknolo­gi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui sokongan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Internet Segala­-galanya (IoT) yang dijangka dibentangkan kepada kerajaan Ok­tober ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Ek­sekutifnya, Datuk Abdul Wahab Ab­dullah berkata, setakat ini, MIMOS telah berjaya menjana sehingga RM7 bilion perniagaan dalam sektor ICT di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK­9) dan RMK­10.