MOSTI Bantu Industri Tempatan Komersil Hasil Penyelidikan

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sudah bersedia membantu industri tempatan mengkomersilkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka tahun ini.

Kementerian itu telah merangka rancangan menawarkan subsidi kewangan untuk membantu syarikat-syarikat berkenaan, kata Ketua Setiausahanya Dr Rosli Mohamed.