MOSTI Tubuh Pusat NanoMalaysia Bernilai RM200 Juta di Taman Hitech Senai

150 150 MIMOS Berhad

Source: BERNAMA.com

Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan (NND), unit kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), akan mewujudkan sebuah kompleks Pusat NanoMalaysia bernilai RM200 juta di Taman Teknologi Tinggi Senai, Johor.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata projek itu, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, akan menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi memacukan lagi perkembangan nanoteknologi.

“Pusat itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dengan pusat-pusat pentadbiran dan inkubasi,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Ekspo NanoMalaysia 2011 di sini Rabu.

Read more…