MySTI Expo 2011 Tekan kepada Inovasi

150 150 MIMOS Berhad

Peserta industri dan orang awam dijangka mendapat pemahaman yang lebih mengenai kepentingan inovasi dalam menggerakkan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi dengan pelancaran Ekspo Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia MySTI 2011 di sini hari ini.

Ekspo tiga hari anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi MOSTI itu juga disasarkan untuk memberi ilham kepada mereka yang mempunyai idea untuk menukarnnya menjadi produk atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan dan global.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II Datuk Saifuddin Abdullah yang melancarkan acara itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC di sini berkata ekspo tersebut yang akan memperkenalkan pembangunan teknologi baharu juga akan mengukuhkan kedudukan negara di tengah tengah perubahan pesat yang berlaku di seluruh dunia hari ini.

Source: Utusan Sarawak

Read more…