Pembangunan Teknologi dan Inovatif PKS

150 150 MIMOS Berhad

Source: Dewan Ekonomi

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk hampir 99 peratus daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia dan sektor ini dilaporkan hanya menyumbangkan 31 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Jumlah ini dilihat masih kecil berbanding dengan peratusan jumlah perniagaan PKS yang ada di negara ini.

Walau bagaimanapun, sektor ini masih mempunyai ruang yang banyak untuk dibangunkan melalui kerjasama pelbagai agensi dan jabatan yang menyediakan bermacam-macam jenis bantuan sama ada dalam bentuk dana, sokongan ataupun latihan.