Pengambilan SL1M bermula Julai

150 150 MIMOS Berhad

Source: Utusan Malaysia

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan memulakan pengambilan 3,000 graduan mulai Julai ini bagi fasa pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, latihan untuk kumpulan kedua melibatkan 5,000 graduan pula dijadualkan pada September ini.

“Kumpulan kedua tidak terhad kepada syarikat milik kerajaan (GLC) tetapi turut melibatkan syarikat korporat yang besar. Iklan pengambilan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran SL1M di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Read more…

Special article: Issue #3