Persidangan Kepintaran Buatan dan Teknologi Semantik di Kuching September ini

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Satu persidangan yang menghimpunkan penyelidik dan saintis tersohor dari serata dunia akan diadakan bersempena Minggu Pengetahuan Teknologi 2012 di Kuching, Sarawak selama lima hari bermula 3 Sept ini.

Pengarah Kepintaran Buatan (AI) MIMOS Berhad (Mimos) Dr Dickson Lukose selaku pengerusi persidangan berkata persidangan Kepintaran Buatan dan Teknologi Semantik itu dianjurkan oleh Biro Konvensyen Sarawak (SCB).