Platform Inovasi Terbuka pendorong ICT negara

150 150 MIMOS Berhad

Kuala Lumpur (Harian Metro) – MIMOS Bhd yakin teknologi barunya, Platform Inovasi Terbuka mampu menjadi dorongan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus berkembang pada masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, syarikat tempatan cenderung menggunakan teknologi asing bagi mempromosi produk masing-masing, namun mudah gagal mengekalkannya ekoran teknologi terhad.