SPR Setuju Laksana Tujuh Cadangan PSC

150 150 MIMOS Berhad

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.

Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU ke-13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih,” katanya.

Read our Special Article #1