Tutor iLMS Lebar Sayap ke Sarawak

Tutor iLMS Lebar Sayap ke Sarawak

150 150 MIMOS Berhad

Source: Utusan Malaysia

Bidang pendidikan di Sarawak bakal maju setapak lagi apabila Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) keluaran anak syarikat Kumpulan Utusan, Perfisio Solutions Sdn Bhd dilancarkan di negeri ini hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud yang merasmikan majlis pelancaran itu berkata, Tutor iLMS akan memberi peluang kepada para pelajar di Sarawak memanfaatkan keberkesanan inovasi terkini bagi memaksimumkan potensi masing-masing.