VADS Bangun Sistem Jimat Kos

150 150 MIMOS Berhad

Source: Berita Harian

VADS Bhd (VADS), anak syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) mengukuhkan lagi perniagaannya dengan membangunkan sistem perkomputeran awan yang disasarkan kepada firma, sektor kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini susulan kerjasama syarikat itu dengan MIMOS Bhd untuk membangunkan platform perkomputeran awan dikenali Cloud Computing VADS yang menggunakan perisian sumber terbuka.

Perkhidmatan disokong sistem Cloud yang dipatenkan itu akan ditawarkan kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan VADS dan ia dijangka dilancarkan menerusi ujian peringkat beta Ogos ini.

Read more…