VADS, MIMOS Meterai Pakatan untuk Bangunkan Platform Khidmat Cloud Computing

150 150 MIMOS Berhad

Source: BERNAMA.com

VADS Bhd, anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd, memeterai perjanjian pakatan teknologi dengan MIMOS Bhd untuk membangunkan platform pengaturan terperinci untuk perkhidmatan VADS Cloud Computing.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ghazali Omar berkata melalui perjanjian itu, VADS menjadi penyedia cloud pertama Malaysia untuk bekerjasama dengan penyedia teknologi tempatan.

“Ia juga syarikat telekomunikasi Malaysia pertama untuk menawarkan perkhidmatan cloud tiga peringkat yang menyeluruh dan teknologi infrastruktur cloud neutral,” katanya.

Read more…