Yuran tender/sebutharga boleh dibuat secara atas talian (ONLINE) melalui nombor akaun MAYBANK 512147020249.
Salinan slip pembayaran bank/ bukti pembayaran, sijil pendafataran Kementerian Kewangan (MOF), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB hendaklah mengikut syarat-syarat kelayakan petender seperti yang telah diiklankan bagi setiap tawaran perlu dilampirkan dan diserahkan bersama-sama kertas cadangan.
Kertas cadangan petender yang tidak lengkap serta tidak mematuhi syarat dan terma atau dikemukakan selepas tarikh & masa tutup tawaran (seperti dinyatakan diatas) akan ditolak dan tidak akan diterima atau dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaaan boleh diajukan kepada pegawai yang berkenaan melalui email yang tertera didlm setiap tender/sebutharga yang tersenarai.
Kertas cadangan petender yang lengkap hendaklah diserahkan kepada kakitangan di jabatan perolehan di kaunter jabatan setelah mengisi borang penerimaan dan diserahkan dialamat seperti dibawah :
MIMOS Berhad
Jabatan perolehan
Tingkat Bawah, Blok Barat
Taman Teknologi Malaysia
57000 Kuala Lumpur.
Tel : 603-89955000 Fax : 603-89960292
Semua kos yang berkaitan dengan pengambilan dan penghantaran kertas cadangan tender adalah menjadi tanggungjawab petender.
MIMOS Berhad tidak tertakluk untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MIMOS Berhad berhak untuk membatal/menunda/menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum/selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab diatas keputusan tersebut.