MIMOS Berhad ingin memaklumkan, terdapat cubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai wakil MIMOS serta membuat dakwaan palsu bahawa MIMOS dan pihak Berkuasa berkaitan sedang bekerjasama dalam urusan tertentu. Individu-individu ini mungkin menghubungi orang awam dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi, maklumat kewangan atau melakukan penipuan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menerima panggilan telefon, mesej, e-mel atau sebarang bentuk komunikasi daripada individu yang mendakwa mewakili MIMOS.
Orang ramai juga diingatkan bahawa:
- Pegawai MIMOS tidak akan menghubungi orang awam melalui nombor WhatsApp peribadi, alamat e-mel peribadi atau saluran komunikasi tidak rasmi untuk meminta maklumat peribadi, maklumat kewangan, bayaran atau data sulit.
- Sekiranya anda dihubungi oleh individu yang mendakwa sebagai wakil MIMOS, sila pastikan identiti mereka disahkan terlebih dahulu dengan meminta kad pengenalan pekerja atau bukti pengenalan rasmi yang berkaitan.
- Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi, maklumat perbankan atau maklumat sensitif kepada mana-mana pihak tanpa pengesahan yang sewajarnya.
- Berhati-hati terhadap sebarang komunikasi yang mendesak anda untuk membuat pembayaran, memberikan maklumat sulit atau menekan pautan yang mencurigakan.
Sekiranya anda ragu-ragu mengenai kesahihan sebarang komunikasi yang dikatakan daripada MIMOS, sila hubungi MIMOS melalui saluran rasmi berikut untuk tujuan pengesahan:
Maklumat Perhubungan Rasmi MIMOS
Telefon: +603-8995 5000
E-mel: info@mimos.my
Laman Sesawang: https://www.mimos.my/
Akaun Media Sosial Rasmi MIMOS
- Facebook: https://www.facebook.com/mimosmalaysia
- LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/mimosmalaysia/
- X (Twitter): https://x.com/mimosmalaysia
- Instagram: https://www.instagram.com/mimosmalaysia/
- YouTube: https://www.youtube.com/@mimosmalaysia
- MIMOS Malaysia Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vb8GarcJkK79JTgRYq2a
MIMOS komited dalam melindungi kepentingan orang ramai dan menggesa semua pihak agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan atau penyamaran yang menggunakan nama MIMOS.
Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda.
MIMOS Berhad
Nota: MIMOS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang dialami akibat urusan dengan individu atau pihak yang menyamar atau mendakwa mewakili MIMOS secara tidak sah. Orang ramai dinasihatkan untuk mengesahkan sebarang komunikasi melalui saluran perhubungan rasmi MIMOS.
