Skip to main content
Article

DARI MAKMAL MALAYSIA KE PASARAN DUNIA

SIRI 5/5: 28 September 2026

Cabaran Generasi Baharu: Menukar R&D kepada Revenue, Industri dan Kedaulatan Teknologi

Oleh: Dr. Saat Shukri Embong
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
MIMOS Berhad

Selepas lebih daripada empat dekad perjalanan, saya percaya kita perlu bertanya soalan yang lebih sukar kepada diri sendiri.

Bukan:

“Adakah MIMOS mampu mencipta teknologi?”

Sejarah sudah memberikan jawapannya.

Kita mampu.

Soalan yang perlu kita jawab sekarang ialah:

“Adakah kita mampu membawa lebih banyak teknologi itu ke pasaran, menjadikannya sustainable business, menembusi pasaran dunia dan memastikan lebih banyak economic value kembali kepada Malaysia?”

Itulah cabaran generasi kita.

678 commercialised IPs, angka besar yang perlu diterangkan

Rekod semasa halaman Intellectual Property MIMOS menyatakan bahawa sejak 2004:

  • 1,386 patent applications telah dibuat di Malaysia;
  • 959 daripadanya turut difailkan melalui Patent Cooperation Treaty;
  • 904 Malaysian patent applications telah granted;
  • dan secara kumulatif: 678 patented dan copyrighted IP direkodkan sebagai commercialised IPs.

MIMOS juga mempunyai:

  • industrial designs,
  • trademarks,
  • foreign filings,dan
  • berbagai forms of IP.

Angka ini menunjukkan substantial intellectual asset base.

Tetapi kita tidak sepatutnya berhenti pada angka 678.

Sebaliknya angka itu perlu membuka soalan yang lebih penting:

678 IP itu berada di mana hari ini?

Daripada “berapa patent?” kepada “berapa value?”

Untuk beberapa dekad, research institution di seluruh dunia sering diukur berdasarkan:

  • patent filings,
  • publications,
  • research projects, dan
  • prototypes.

Semua itu masih penting.

Tetapi untuk applied R&D institution seperti MIMOS, kita perlu menambah measurement lain.

Antaranya:

  • licensing revenue,
  • royalty income,
  • recurring revenue,
  • customer adoption,
  • units deployed,
  • exports,
  • foreign exchange generated or saved,
  • equity created,
  • spin-off valuation,
  • private investment attracted, dan
  • number of Malaysian companies enabled.

Inilah language yang difahami oleh market dan ekonomi.

Mengapa 678 bukan bermaksud 678 produk?

Satu technology platform boleh mengandungi banyak IP.

MyDigital ID sahaja mempunyai 32 registered patents.

Sebuah semiconductor solution mungkin menggunakan:

  • circuit-design IP,
  • firmware,
  • algorithm,
  • industrial design,
  • copyright, dan
  • manufacturing know-how.

Jadi commercialised-IP count mesti disertai technology-to-market genealogy.

Contohnya:

Patent/IP
→ technology platform
→ technology recipient
→ product
→ customer
→ deployment
→ revenue
→ current status.

Jika kita membina rekod ini secara lengkap, historical contribution MIMOS akan menjadi jauh lebih visible.

MIMOS Holdings: commercialisation tidak boleh menjadi kerja sampingan

Struktur Group MIMOS hari ini menunjukkan usaha untuk memperkuat commercialisation.

MIMOS Holdings Sdn Bhd memainkan peranan dalam commercialisation dan IP management, dengan beberapa specialised subsidiaries merangkumi deployment, services, blockchain, education, networks dan international ventures.

Pendekatan ini penting.

Researchers perlu fokus menghasilkan technology excellence.

Tetapi commercialisation memerlukan competency lain:

  • market research,
  • product management,
  • pricing,
  • sales,
  • legal,
  • licensing,
  • investment,
  • joint ventures,
  • distribution,
  • international business,
  • customer success, dan
  • financing.

Sebab itu, commercialisation perlu menjadi professional discipline tersendiri.

MIVSB: daripada local transfer kepada global market

Pada 30 April 2026, MIMOS International Venture Sdn Bhd (MIVSB) melancarkan Go-To-Market initiative untuk mempercepatkan global commercialisation Malaysian-developed deep technology.

GTM tersebut menyasarkan commercially ready technologies dan pilot deployments merentasi strategic markets termasuk:

  • Middle East dan North Africa,
  • Central Asia, dan
  • pasaran antarabangsa lain,

dengan revenue generation disasarkan mulai 2026.

Perkataan paling penting di sini ialah: revenue-generating technologies.

Itulah perubahan mindset yang diperlukan.

Dari showcase kepada purchase order.

Malaysia sangat pandai membuat technology showcase.

Kita mempunyai:

  • launch,
  • exhibition,
  • conference,
  • MoU,
  • award,
  • demonstration.

Semua itu berguna.

Tetapi commercialisation sebenar bermula apabila ada seseorang berkata: “Kami mahu membeli.”

Kemudian:

  • purchase order.
  • contract.
  • deployment.
  • invoice.
  • payment.
  • renewal.
  • repeat order.
  • regional rollout.

Itulah discipline yang perlu dipupuk.

Eight technologies menuju Market Entry

MIMOS Townhall 2026 memberikan satu signal yang sangat penting.

Organisasi menetapkan keutamaan untuk membawa eight core technologies ke tahap Market Entry, sambil bergerak ke model market-driven “pull”.

Ini mungkin antara perubahan paling penting dalam commercialisation philosophy MIMOS.

Dahulu soalan mungkin bermula: “Technology apa yang kita boleh bina?”

Market-pull bermula dengan: “Apakah masalah bernilai tinggi yang pelanggan sanggup membayar untuk diselesaikan?”

Kemudian R&D diletakkan di belakang problem tersebut.

Research excellence tidak dikurangkan. Ia menjadi lebih focused.

Market pull tidak bermaksud hanya mengejar keuntungan

MIMOS ialah national applied R&D institution.

Maka tidak semua projects mesti memberikan commercial return tertinggi.

Ada projects yang penting kerana:

  • national security,
  • public health,
  • strategic sovereignty,
  • social impact, atau national capability.

Tetapi kita perlu jelas sejak awal:

  • Apakah objektif project itu?
  • Jika social/public mission, ukur social impact.
  • Jika national security, ukur strategic capability.
  • Jika commercial, ukur revenue dan market adoption.

Masalah berlaku apabila kita menggunakan metrik yang salah.

Technology licensing masih relevan, tetapi tidak cukup

Pada Disember 2025, MIMOS menandatangani TLA dengan AI5G, yang oleh MIMOS sendiri digambarkan sebagai membawa sophisticated R&D ke commercial fast lane dalam 5G dan AI.

Pada 2026, commercialisation relationships lain terus berkembang.

Tetapi kita perlu ingat:

  • TLA bukan garis penamat.
  • TLA ialah permulaan.

Selepas TLA kita perlu bertanya:

Adakah produk siap?

Adakah customer membeli?

Berapa deployment?

Berapa royalty diterima?

Adakah licensee terus aktif?

Adakah teknologi berkembang?

Jika tidak, kita hanya mengukur agreement, not impact.

INSPECTRA memberi model yang baik

INSPECTRA menunjukkan bentuk commercialisation yang lebih tangible.

Ada:

  • technology,
  • named partner,
  • formal TLA,
  • clear industrial application, dan
  • commercial deployment pathway.

Kita perlu membina lebih banyak cases yang mempunyai chain seperti ini.

UWB dan manufacturing technology

Technology Licensing Agreement dengan Teksoft bagi UWB solution pula menunjukkan laluan daripada technology development kepada industry-ready implementation.

Machine Vision QC dengan Ideal Vision pula sejajar dengan smart manufacturing.

Jika technologies sebegini benar-benar dapat diperluaskan kepada ratusan factories, value yang terhasil bukan hanya licensing fee.

Ia juga boleh:

  • meningkatkan manufacturing productivity,
  • mengurangkan defect,
  • mengurangkan imports,
  • membina local engineering capability, dan
  • meningkatkan competitiveness Malaysia.

Itulah broader economic impact of commercialisation.

Global partnerships sebagai force multiplier

MIVSB juga mula membina international partnerships.

Pada 2026, MIMOS melaporkan inisiatif termasuk partnership merentasi Southeast Asia, Central Asia dan Middle East, termasuk kerjasama dengan region di Uzbekistan serta Universiti Brunei Darussalam.

MIMOS juga membina engagement dengan HAVELSAN dari Türkiye dalam foundational AI ecosystem.

Ini membawa peluang baharu.

Malaysia tidak perlu memasuki setiap foreign market seorang diri.

Kita boleh memasuki market melalui:

  • local partners,
  • regional governments,
  • universities,
  • system integrators,
  • sovereign technology partnerships, dan
  • joint ventures.

Mengapa MIMOS perlu mengetahui sejarah commercialisation sendiri

Ada satu lagi perkara yang sangat penting.

Sebuah organisasi berumur lebih 40 tahun mempunyai risiko kehilangan institutional memory.

  • Orang bersara.
  • Syarikat recipient tutup.
  • Product bertukar nama.
  • Dokumen hilang.
  • Website berubah.
  • Patent tamat.

Akhirnya generasi baharu tidak lagi tahu apa yang pernah dibina.

Sebab itu saya percaya MIMOS memerlukan sebuah: MIMOS Commercialised IP & Technology Master Ledger 1985–2026

Setiap teknologi perlu direkodkan sekurang-kurangnya dengan:

  • tahun;
  • technology name;
  • lab/research group;
  • underlying IP;
  • patent numbers;
  • technology recipient;
  • commercial product name;
  • TLA/transfer mechanism;
  • customer;
  • deployment;
  • country;
  • revenue/royalty jika dibenarkan;
  • current status; dan
  • evidence.

Ini bukan untuk nostalgia. Ia adalah corporate intelligence.

Kita juga perlu jujur tentang kegagalan

Satu lagi perkara yang akan meningkatkan credibility ialah keberanian mengakui bahawa tidak semua R&D berjaya.

Ada technology yang:

  • terlalu awal,
  • terlalu mahal,
  • kalah kepada international competitor,
  • tidak mempunyai market,
  • tidak mendapat funding, atau
  • gagal mendapat commercial partner.

Itu normal.

Silicon Valley penuh dengan kegagalan.

Research institute dunia juga penuh dengan projects yang tidak sampai ke market.

Yang lebih penting ialah:

  • adakah kita belajar?
  • adakah IP digunakan semula?
  • adakah talent berkembang?
  • adakah knowledge berpindah?
  • adakah kesilapan yang sama diulang?

Kegagalan yang menghasilkan knowledge masih mempunyai value.

Kegagalan yang tidak dipelajari hanyalah pembaziran.

Daripada “invented in MIMOS” kepada “bought because it is MIMOS technology”

Aspirasi yang lebih tinggi ialah membina trust terhadap MIMOS technology.

Kita mahu pelanggan suatu hari berkata:

“Kami mahu technology itu kerana ia dibangunkan oleh MIMOS dan kami percaya quality-nya.”

Untuk sampai ke sana, R&D perlu disertai:

  • product quality,
  • certification,
  • reliability,
  • after-sales support,
  • commercial discipline, dan
  • brand credibility.

Inilah perjalanan daripada research centre kepada deep-tech powerhouse.

Empat puluh tahun perjalanan

Jika kita melihat kembali:

  • daripada RangKom kepada JARING,
  • daripada Pesona kepada semiconductor technologies,
  • daripada iVEST kepada digital trust,
  • daripada WiWi kepada wireless solutions,
  • daripada Grid Computing kepada cloud,
  • daripada iLMS kepada education technology,
  • daripada AgriBazaar kepada digital agriculture,
  • daripada WSN kepada IoT,
  • daripada video analytics kepada machine vision,
  • daripada blockchain traceability kepada VMS dan MBI,
  • daripada cryptographic capability kepada MyDigital ID,
  • daripada graphene research kepada conductive ink,
  • daripada spectroscopy research kepada INSPECTRA dan REVA,

kita sebenarnya melihat sesuatu yang lebih besar daripada satu collection of projects.

Kita melihat evolution of national technological capability.

Tetapi sejarah bukan tempat untuk kita berhenti

Menghargai sejarah tidak bermakna hidup dalam sejarah.

Generasi hari ini mempunyai amanah yang berbeza.

Generasi terdahulu membuktikan bahawa Malaysia boleh membina teknologi.

Generasi kita mesti membuktikan bahawa: Malaysia boleh membina technology businesses yang sustainable dan globally competitive.

Apa yang saya mahu lihat pada dekad seterusnya

Saya berharap kita boleh melihat lebih banyak:

  • Malaysian IP digunakan di luar negara;
  • MIMOS technologies menghasilkan recurring revenue;
  • Malaysian engineers memiliki lebih banyak critical know-how;
  • deep-tech spin-offs berkembang menjadi valuable companies;
  • international capital masuk untuk membesarkan Malaysian technologies;
  • national infrastructure menggunakan lebih banyak trusted homegrown technology; dan
  • Generasi muda Malaysia melihat engineering dan research sebagai jalan untuk membina negara.

Kita juga mahu commercialisation bukan lagi berlaku secara kebetulan.

Ia mesti:

  • systematic,
  • repeatable,
  • measurable, dan
  • scalable.

MIMOS pada 2026 telah menyatakan peralihan kepada MIMOS Innovation Management System (MiMS), market-driven pull model dan eight technologies menuju Market Entry.

Itu arah yang tepat.

Sekarang ia perlu diterjemahkan kepada results.

Penutup: Amanah sebuah institusi teknologi negara

Empat dekad lalu, beberapa anak Malaysia berani bermimpi dari sebuah banglo kecil bahawa negara ini harus mempunyai kemampuan teknologi yang tersendiri.

Daripada impian itu lahir:

  • network,
  • Internet service,
  • chips,
  • security technology,
  • wireless systems,
  • AI,
  • semiconductor capability,
  • blockchain,
  • digital identity,
  • medtech,
  • industrial technology, dan
  • ratusan intellectual properties.

Rekod MIMOS hari ini menunjukkan 678 patented dan copyrighted IP telah dikomersialkan secara kumulatif.

Kita harus berbangga.

Tetapi kita tidak harus berpuas hati.

Kerana tanggungjawab kita bukan sekadar mencipta.

Tanggungjawab kita ialah memastikan ciptaan itu memberi manfaat.

  • Kepada rakyat.
  • Kepada industri.
  • Kepada ekonomi.
  • Kepada keselamatan negara.

Dan kepada generasi yang akan datang.

  • MIMOS bukan sekadar bangunan.
  • MIMOS bukan sekadar patent count.
  • MIMOS bukan sekadar sebuah nama organisasi.

MIMOS ialah himpunan ilmu, pengalaman, kegagalan, kejayaan, keberanian dan aspirasi ribuan anak Malaysia yang selama lebih empat dekad berusaha menjawab satu persoalan yang masih relevan hingga hari ini: Apakah Malaysia hanya mahu menggunakan teknologi dunia, atau kita mahu turut mencipta teknologi yang digunakan oleh dunia?

Saya percaya jawapannya mesti jelas.

Kita mesti berani mencipta.

Kita mesti berani mengkomersialkan.

Dan kita mesti berani membawa teknologi Malaysia ke pentas dunia.

Insya-Allah.

Nota kaki & rujukan utama Siri 5

[1] Statistik semasa intellectual property MIMOS: 1,386 Malaysian patent applications, 904 granted dan 678 commercialised patented/copyrighted IPs.
MIMOS Intellectual Properties

[2] Struktur commercialization semasa MIMOS Holdings dan subsidiaries.
MIMOS Subsidiaries & Associates

[3] MIVSB Go-To-Market, 30 April 2026: global commercialization, MENA/Central Asia dan revenue-generation target.
MIVSB Global Commercialisation GTM Initiative

[4] MIMOS Townhall 2026: eight core technologies menuju Market Entry dan peralihan kepada market-driven pull model.

[5] TLA MIMOS–AI5G, 23 Disember 2025.

[6] INSPECTRA–Roda Technologies formal TLA, 25 Jun 2025.

[7] Retrospective 2024 commercialization portfolio.

[8] UWB/Teksoft Technology Licensing Agreement.