Source : Harian Metro
Akhirnya penantian penggemar karakter Upin dan Ipin berpeluang memenuhkan panggung wayang bulan depan apabila syarikat animasi tempatan, Les Copaque Production berjaya menghasilkan filem animasi 3D pertama iaitu Geng: Pengembaraan Bermula yang menelan belanja RM4 juta.
Filem animasi 3D sulung terbabit menggunakan dua perisian penting termasuk Maya dan MentalRay selain animasi pertama yang menggunakan teknik perkomputeran grid dibekalkan penyedia teknologi tempatan, MIMOS Berhad.