Organisasi peneraju industri teknologi maklumat (ICT) negara, MIMOS Berhad sentiasa meneroka dan mencari peluang pakatan strategik bersama pihak industri yang berpotensi tinggi. Merancakkan usaha tersebut, MIMOS baru-baru ini telah menjalin kerjasama pintar dengan syarikat pengeluar wafer semikonduktor, Silterra Malaysia Sdn Bhd (Silterra) untuk menghasilkan produk cip Litar Integrasi Pengurusan Kuasa (PowerMOS).
Secara asasnya, pakatan operasi pembuatan fabrikasi wafer itu dilihat mampu memacu sinergi industri berkenaan ke peringkat lebih baik menerusi penggunaan sumber dalam negara secara optimum.