Jabatan Pertanian menjangkakan eksport durian sejuk beku ke China mampu mencapai 300 tan metrik menjelang akhir tahun ini berbanding 243.79 metrik tan pada tahun lalu dibantu oleh pembangunan kluster durian dan kerjasama sembilan Pusat Pemprosesan Durian di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek berkata, beliau optimis jumlah eksport produk pertanian terbabit dapat direalisasikan berdasarkan jumlah yang dicatatkan sehingga Julai lalu iaitu sebanyak 173.79 tan metrik.