Source: Harian Metro
MIMOS Bhd (MIMOS) yang sudah membangunkan lebih 20 prototaip teknologi dengan nilai pasaran lebih RM1 bilion dan memindahkan 18 platform teknologinya kepada 23 penerima teknologi akan terus menghasilkan produk inovatif pada masa depan dalam usaha menjadi peneraju pembangunan teknologi bagi manfaat syarikat tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Dato’ Abdul Wahab Abdullah berkata, ini terbukti apabila beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah menunjukkan minat untuk menggunakan produk dibangunkan MIMOS bagi tujuan komersial dan dijangka diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.