Skip to main content

KPNKK Bentuk Kumpulan Pemikir

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membentuk kumpulan pemikir untuk mewujudkan sinergi dan membangunkan idea baharu bagi membantu kementerian melaksanakan fungsi dan tanggungjawab secara lebih efektif.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata kumpulan pemikir tersebut mempunyai autonomi untuk mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa tanpa perlu terikat dengan peraturan dan jadual yang spesifik.