(Utusan Malaysia) – Penggunaan alga mikro (microalgae) yang dikenali sebagai Haematococcus pluvalis sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk kesihatan dan pelbagai lagi produk telah lama diketahui umum terutamanya di peringkat antarabangsa.
Antara produk akhir yang boleh dihasilkan daripada alga tersebut adalah Astaxanthin, yang digunakan sebagai makanan tambahan (dietary supplement) yang menawarkan pelbagai kelebihan seperti antioksidan.