KUALA LUMPUR 14 Mei (Utusan Malaysia) - MIMOS Berhad (MIMOS) mengunjurkan dapat mencapai lebih RM2 bilion peluang pasaran dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui sokongan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan pembangunan Pelan Induk Kebangsaan Internet Segala-galanya (IoT) yang dijangka dibentangkan kepada kerajaan Oktober ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, setakat ini, MIMOS telah berjaya menjana sehingga RM7 bilion perniagaan dalam sektor ICT di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan RMK10.