KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah baik sistem C4i melibatkan urusan mengarah, mengawal, komunikasi, koordinasi dan informasi dalam keberkesanan polis dalam mengurangkan kadar jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Mimos Berhad (Mimos) dilantik sebagai perunding yang akan mengkaji dan mencadangkan teknologi yang sesuai untuk diguna pakai oleh PDRM dalam membangunkan sistem C4i.
Menurutnya sistem itu telah mula diguna pakai di kawasan Lembah Klang sejak tahun 2002 itu akan diperluaskan semua negeri.