Skip to main content
Press Release

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448 & PERASMIAN PERSIDANGAN INOVASI HALAL DAN KETERJAMINAN MAKANAN

SIARAN MEDIA

“MALAYSIA BERHIJRAH bersama DASAR HALAL NEGARA”

Kuala Lumpur, 24 Jun 2026 – Majlis Ekonomi Halal (MEH) dengan kerjasama strategik MIMOS Holdings menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1448 bersekali dengan Perasmian Persidangan Inovasi Halal dan Keterjaminan Makanan yang berlangsung di Auditorium MIMOS Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Persidangan ini adalah tribute kepada DASAR HALAL NEGARA yang akan dibentangkan oleh Kerajaan tidak lama lagi. Persidangan ini adalah tanda sokongan rakyat terhadap niat Kerajaan MADANI dalam memperkasakan sektor halal.

Persidangan ini merupakan platform penting dalam memperkukuhkan agenda pembangunan ekonomi halal negara melalui pendekatan inovasi, teknologi, keterjaminan makanan dan kerjasama strategik antara sektor kerajaan, industri, akademia serta masyarakat.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YM Tengku Dato’ Dr Hishamuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Al Haj, di samping menampilkan ucaptama oleh YBhg Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Sempena sambutan Maal Hijrah 1448, satu Penganugerahan Tokoh Maal Hijrah 1448 akan diadakan bagi mengiktiraf individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang kepada pembangunan ummah, kemajuan masyarakat, pembangunan ekonomi halal dan pengukuhan nilai-nilai Islam dalam kehidupan bermasyarakat.

• YBhg Tan Sri Syed Hamid Albar dan Dame Matron Dr Hajah Ramziah Ahmad adalah Tokoh yang diberi penganugerahan.

• Tan Sri Syed Hamid Albar adalah tokoh misi kemanusiaan khususnya dalam peranannya sebagai Duta Khas OIC yang menangani isu kaum Rohingya.

• Manakala Dame Hajah Ramziah adalah wanita Malaysia pertama dianugerahkan dengan darjah kebesaran British yang membawa gelaran Dame.

Persidangan ini turut menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan Tahun Inovasi Halal dan Keterjaminan Makanan 2026–2027.

Dapatan persidangan akan dirangkumkan dalam memorandum kepada Kerajaan agar dijadikan input sebagai program dan projek di bawah Dasar Halal Negara, Dasar Keterjaminan Makanan Negara dan Rancangan Malaysia ke 13.

Satu majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Ekonomi Halal (MEH) dan MIMOS Holdings telah berlangsung bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang inovasi halal, pendigitalan, teknologi keteresanan, kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan bakat masa hadapan.

Untuk Maklumat Lanjut:

Dr Helmi Ibrahim
Setiausaha Agung
Majlis Ekonomi Halal (MEH)
ekonomihalal@gmail.com
016.366 8948