Dua perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai hari ini antara syarikat Malaysia dan rakan niaga mereka dari Kazakhstan.
Permeterian perjanjian itu yang dijangka dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara disaksikan Menteri Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Industri dan Teknologi Baharu Kazakhstan, Asset Issekeshev, di sini.
Terdahulu, kedua-dua menteri mempengerusikan mesyuarat dua hala, yang dihadiri oleh para pegawai perdagangan dan pelaburan dari kedua-dua negara.