(Harian Metro) – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan projek psikometrik yang dibangunkan bersama agensi penyelidik negara, MIMOS yang bakal digunakan sebagai pengukur pelajar dan staf akademik di universiti terbabit.
Projek psikometrik mempunyai empat komponen yang menilai kesesuaian pelajar terhadap topik pembelajaran, sekali gus memaksimumkan pembelajaran mereka pada masa depan.