Sistem C4i Diperbaharui

150 150 MIMOS Berhad

KUALA LUMPUR: Sistem Arahan dan Kawalan, Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4i) yang diguna pakai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2002 akan diperbaiki serta diperbaharui bagi memenuhi matlamatnya menjadi agensi penguat kuasa bertaraf dunia.

Bagi merealisasikan penambahbaikan itu, PDRM melantik agensi penyelidikan teknologi, Mimos Berhad (Mimos) sebagai perunding untuk membina landasan sistem baru berdasarkan sistem sedia ada.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pembabitan Mimos tepat pada masanya, terutama dalam konteks memantapkan sistem kepolisian bersepadu seperti dirangka melalui projek C4i serta inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Special article: Issue #3