Sri Lanka akan Laksana iLMS

Sri Lanka akan Laksana iLMS

150 150 MIMOS Berhad

KETUA Menteri Wilayah Barat Sri Lanka, Prasanna Ranatunga mengarahkan supaya dibentuk satu jawatakuasa pelaksanaan program pemodenan pendidikan Colombo bagi memastikan solusi e-pembelajaran holistik yang dicadangkan oleh Kumpulan Utusan, yang meliputi kaji selidik awalan, latihan dan program pengurusan perubahan budaya, sistem dan kelestarian dapat dilaksanakan pada tahun ini juga.

Prasanna mempengerusikan sesi perbincangan itu selepas mendengar pembentangan laporan oleh wakil pejabat beliau yang melawat dan melihat sendiri teknologi e-pembelajaran Pakej solusi Tutor Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar (Tutor
iLMS) yang dibangunkan Kumpulan Utusan bersama MIMOS Berhad (MIMOS).

Lawatan dilakukan pada awal tahun ini.

Turut hadir dalam sesi perbincangan itu ialah Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Biro Pembangunan Ekonomi (Wilayah
Barat) Sri Lanka, Janaka Kolonnage; Pentadbir Awam, Jabatan Pendidikan Wilayah, Goonasekara dan Pengarah Pendidikan
Wilayah, Prabath Nalaka Illapperuma.