SIRI 1/5: 14 September 2026
Bagaimana MIMOS Membantu Membina Asas Teknologi Negara
Oleh: Dr. Saat Shukri Embong
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
MIMOS Berhad
Apabila kita menggunakan Internet hari ini, melakukan urusan perbankan melalui telefon, menandatangani dokumen secara digital, menggunakan aplikasi kerajaan atau berbicara tentang kecerdasan buatan, kita jarang berhenti untuk bertanya satu soalan yang mudah:
Bagaimanakah perjalanan teknologi Malaysia ini sebenarnya bermula?
Jawapannya panjang.
Dan sebahagian daripada perjalanan itu bermula hampir empat dekad lalu, ketika Internet belum menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat, telefon mudah alih masih jauh daripada apa yang kita kenali hari ini, dan Malaysia lebih dikenali sebagai tempat pemasangan produk elektronik berbanding sebagai pencipta teknologi.
Pada waktu itulah lahir satu keberanian.
Keberanian untuk bertanya:
Adakah Malaysia mahu selama-lamanya menjadi pengguna teknologi orang lain, atau kita mahu belajar mencipta teknologi kita sendiri?
Sebuah misi negara lahir pada 1985
MIMOS bermula pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan bagi membina keupayaan negara dalam mikroelektronik dan sistem teknologi maklumat.
Sejarah rasmi MIMOS merekodkan bahawa gagasan tersebut dipelopori antara lain oleh Dr. Tengku Mohd Azzman Shariffadeen dan sekumpulan kecil perintis. Naratif ulang tahun ke-40 MIMOS menggambarkan pasukan awal itu sebagai hanya beberapa orang yang bermula dari sebuah banglo sederhana di Kuala Lumpur.

Pada hari ini, perkara itu mungkin kelihatan kecil.
Tetapi pada masa itu, cita-citanya amat besar.
Malaysia mahu melangkah daripada sekadar memasang produk elektronik kepada membina kepakaran sendiri dalam:
- mikroelektronik,
- komputer,
- rangkaian,
- perisian,
- keselamatan, dan
- teknologi digital.
MIMOS pada asasnya dibentuk untuk menjadi salah satu tempat di mana kemampuan tersebut dapat dibina secara sistematik.
RangKom: langkah awal menuju Internet Malaysia
Antara usaha terawal dan paling penting ialah RangKom (Rangkaian Komputer Malaysia).
MIMOS memulakan RangKom pada 1987 untuk menghubungkan komuniti pengguna komputer tertentu di Malaysia. Beberapa tahun kemudian, RangKom berkembang sehingga mampu memberikan akses Internet kepada kumpulan pengguna awam yang terhad.
Kita perlu melihatnya daripada perspektif zaman tersebut.
Hari ini anak kecil sekalipun boleh menyambung ke Internet menggunakan telefon.
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, menghubungkan komputer di lokasi berlainan melalui rangkaian adalah sesuatu yang luar biasa.
RangKom ialah antara benih terawal kepada perkembangan Internet di negara kita.
Pada 1992, MIMOS melancarkan JARING bagi menggantikan RangKom. JARING kemudian menjadi antara mercu tanda terpenting dalam sejarah digital Malaysia sebagai perkhidmatan Internet komersial awal negara.
Daripada perspektif pengkomersialan, JARING amat penting.

Kerana ia memperlihatkan satu perjalanan lengkap:
keupayaan R&D → infrastructure → operational service → commercial Internet service.
Ini bukan sekadar menghasilkan sebuah prototype.
Ia menjadi perkhidmatan sebenar.
Daripada JARING kepada SuperJARING
Kemampuan itu terus berkembang.
Pada akhir 1990-an, MIMOS melaksanakan SuperJARING, rangkaian backbone IP 2.5 Gbps yang menghubungkan Pulau Pinang hingga Johor Bahru.

Rekod sejarah MIMOS menyifatkannya sebagai rangkaian Malaysia pertama yang sepenuhnya berasaskan IP pada skala sedemikian.
JARING juga mula menawarkan Voice over Internet Protocol (VoIP), termasuk perkhidmatan panggilan yang pada waktu itu dikatakan jauh lebih murah berbanding panggilan konvensional.
Jika kita melihatnya hari ini, teknologi itu mungkin kelihatan biasa.
Tetapi pada zamannya, ia merupakan sebahagian daripada perubahan besar cara manusia berkomunikasi.
COMIL: teknologi juga mesti dekat dengan pendidikan
MIMOS tidak hanya melihat teknologi melalui lensa industri.
Pada 1989, bersama Kementerian Pendidikan, MIMOS membangunkan Computer Integrated Learning System (COMIL), yang membantu guru menyediakan bahan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia.
Ini mengandungi satu falsafah yang penting.
Teknologi hanya benar-benar bernilai apabila manusia boleh menggunakannya.
Sebab itu teknologi tidak boleh dibangunkan hanya untuk saintis atau jurutera.
Ia mesti diterjemahkan kepada pendidikan, perkhidmatan, bahasa dan kehidupan rakyat.
Pesona: membina keyakinan bahawa Malaysia juga boleh mereka bentuk cip
MIMOS kemudian mencipta satu lagi milestone yang sangat simbolik:
Pesona, sebuah mikroprosesor RISC 16-bit yang direka bentuk secara tempatan.
Rekod rasmi MIMOS menyebut Pesona sebagai IC pertama Malaysia yang direka sendiri.
Adakah Pesona kemudiannya menjadi mikroprosesor global sebesar Intel atau ARM?
Tidak.
Dan kita tidak perlu mendakwa sesuatu yang tidak berlaku.
Tetapi nilai Pesona jauh lebih besar daripada angka jualannya.
Pesona membuktikan bahawa jurutera Malaysia mampu memahami dan mereka bentuk teknologi pada lapisan yang sangat fundamental.
Ia membantu membina:
- human capital,
- IC-design know-how,
- research culture, dan
- keyakinan teknologi.
Dalam R&D negara, tidak semua breakthrough perlu menjadi syarikat bilion ringgit untuk meninggalkan kesan yang besar.
Kadangkala aset terpenting yang ditinggalkan ialah ilmu dan manusia.
Keselamatan dunia digital
Apabila Internet berkembang, satu persoalan baharu muncul:
- Bagaimana kita memastikan Internet selamat?
- Bagaimana kita mengetahui identiti seseorang?
- Bagaimana transaksi elektronik boleh dipercayai?
- Bagaimana serangan komputer ditangani?
MIMOS mula membina capability dalam bidang tersebut.

Pada 1997, ekosistem keselamatan siber negara berkembang melalui penubuhan MyCERT.
Dalam tempoh ini juga MIMOS menubuhkan usaha sama DigiCert Sdn Bhd, yang direkodkan sebagai Certification Authority pertama Malaysia yang menerbitkan sijil digital.
Kemudian lahirlah iVEST (Virtual Environment for Secure Transactions), sebuah platform end-to-end bagi komunikasi dan urus niaga berasaskan Internet yang selamat.
Sekali lagi, kita boleh melihat satu garis perkembangan yang menarik:
Internet → digital transaction → authentication → cryptography → digital trust.
Puluhan tahun kemudian, konsep yang sama berkembang kepada perkara-perkara seperti identiti digital (digital identity) dan transaksi selamat (secure transaction).
Teknologi berubah.
Tetapi masalah asas manusia: “bagaimana kita boleh percaya kepada orang dan transaksi di sebalik komputer?” masih sama.
Cikgu.net dan iGalaksi
Pada tahun 2000, MIMOS melancarkan Cikgu.net, sebuah portal untuk pendidik yang menggunakan iGalaksi, enjin portal yang dibangunkan oleh MIMOS.
Hari ini, membina portal kedengaran mudah.
Pada masa itu, portal merupakan teknologi penting dalam membantu organisasi menyusun kandungan dan memberikan perkhidmatan melalui Internet.
MIMOS telah mengaplikasikan keupayaan teknologi (technology capability) tersebut kepada komuniti pendidikan negara.
MIMOS mula bereksperimen dengan model perniagaan
Antara 1997 hingga awal 2000-an, MIMOS turut membentuk beberapa business units, subsidiaries dan associated companies bagi membawa teknologi dan services lebih dekat kepada pasaran.
Rekod MIMOS menyatakan sebelas business units, subsidiaries atau associated companies telah dibentuk dalam tempoh tersebut.
Antaranya termasuk entiti dan inisiatif yang berkaitan dengan:
- JARING,
- DigiCert,
- MIMOS Smart Computing,
- iVEST,
- OICnetworks,
- Encipta, dan
- beberapa vehicle lain.
Sebahagian daripadanya kemudiannya dilupuskan, ditutup atau distruktur semula apabila mandat dan hala tuju kerajaan berubah.

Kita tidak sepatutnya menyembunyikan hakikat ini.
Commercialisation mempunyai risiko.
Ada syarikat berkembang.
Ada yang berubah arah.
Ada yang ditutup.
Ada teknologi yang menjadi obsolete.
Tetapi setiap usaha menghasilkan pengalaman tentang bagaimana teknologi kerajaan boleh atau tidak boleh dibawa ke market.
Pengajaran terbesar zaman awal MIMOS
Saya melihat era ini sebagai zaman membina keyakinan nasional.
MIMOS membantu membuktikan bahawa Malaysia mampu:
- membangunkan rangkaian,
- mengendalikan Internet,
- mereka bentuk cip,
- membangunkan portal,
- membina sistem keselamatan,
- menghasilkan digital certificates, dan
- membina engineering talent sendiri.
Banyak perkara yang kita anggap biasa hari ini pada satu masa dahulu merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan di Malaysia.
Generasi perintis tidak mempunyai segala jawapan.
Mereka juga melakukan kesilapan.
Tetapi mereka mencuba.
Dan keberanian itu sangat penting.
Daripada teknologi negara kepada teknologi industri
Menjelang pertengahan 2000-an, cabaran MIMOS berubah.
Soalan tidak lagi hanya:
“Bolehkah kita membangunkan teknologi?”
Soalannya menjadi:
“Bagaimana teknologi ini keluar daripada makmal?”
“Siapakah syarikat Malaysia yang akan menggunakannya?”
“Bolehkah R&D MIMOS melahirkan produk dan perkhidmatan tempatan?”
Pertanyaan inilah yang membawa MIMOS kepada fasa seterusnya:
Technology Transfer dan pengkomersialan secara lebih sistematik.
Dan itulah kisah Siri Kedua.
Nota kaki & rujukan utama Siri 1
[1] Rekod rasmi kronologi MIMOS mengenai RangKom, JARING, COMIL, Pesona, DigiCert, iVEST, SuperJARING dan struktur korporat awal.
Sejarah rasmi MIMOS
[2] Naratif ulang tahun MIMOS mengenai penubuhan dan generasi perintis.
MIMOS: Architects of Malaysia’s Technological Soul



