KUALA LUMPUR 19 Okt. – Malaysia mungkin berdepan dengan gelombang air pasang besar yang lebih teruk Disember ini disebabkan hujan lebat yang bakal melanda negara dalam tempoh itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, gelombang air pasang besar ketiga yang bakal melanda negara itu sebenarnya diburukkan oleh musim tengkujuh akhir tahun ini.